Dianggarkan kira-kira 41 peratus daripada penduduk China makan sekali seminggu di restoran makanan segera, berbanding penduduk Amerika, 35 peratus.
Dianggarkan apabila sekeping tilam berusia 10 tahun, beratnya akan meningkat dua kali ganda berbanding semasa dibeli. Berat tilam itu naik sekali ganda kerana ditambah oleh habuk, sel kulit yang sudah mati, kelemumur, rambut, bulu, hama, pasir, tanah, peluh dan pelbagai lagi unsur yang tidak larat kami tuliskan semuanya di sini.
Bhutan: A Visual Odyssey adalah buku terbesar di dunia. Ia kini disimpan di perpustakaan awam Chicago, Amerika Syarikat. Buku itu setinggi 1.5 meter, lebar 2.13 meter dan berat 60 kilogram.
Kalau semua batu Piramid di Mesir dikeluarkan, ia cukup untuk melilit bumi dengan dinding setinggi 0.6 meter
No comments:
Post a Comment