Athieqa Azwa Azman
SETIAUSAHA
Siti Nuratifah Hanis Amran



kami bert0lak dari sekolah tepat pukul 11.30 pagi dan sampai di sana pada jam 12.15. r0mb0ngan kami disambut oleh kaunselor sekolah tersebut. sesampai di sana, kami dibawa ke Bilik Wawasan SMKDB.
kami diberi taklimat serba sedikit daripada Pengetua SMKDBW berkenaan sekolah tersebut. kebetulan juga, pengetua SMKDBW pernah bertugas sebagai PK HEM di SMKA NAIM suatu ketika dahulu. kami juga dipersembahkan dengan slideshow mengenai sekolah itu.
kemudian, semua ahli rombongan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan dibawa berjalan-jalan di sekitar SMKDBW.
walaupun halaman SMKDBW tidak sebesar SMKA NAIM LILBANAT, namun suasana sekolah itu begitu kondusif dan ceria. semoga lawatan ini memberi kami pengalaman dan manfaat (:
di Bilik Wawasan SMKDBW









Sememangnya kerana kesibukan itulah yang menyebabkan kami sedikit jauh dari laman tersayang ini. Kebanyakan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun, telah sedikit demi sedikit kami laksanakan. Kemaafan dipinta kerana tidak pula kami coretkan di sini. Tapi takpe, jangan risau.. Kami akan pastikan anda sentiasa 'keep in touch' dengan kami. Seawal tahun 2008 ini kami telah menjayakan program 'Orientasi Pelajar Tingkatan 1'. Kedatangan mereka telah kami sambut dengan pelbagai aktiviti yang dapat memesrakan mereka dengan dunia Naim ini..
(Kumpulan mana la nie, cute2 je.. he3)
Kebanyakan aktiviti diadakan di Dewan Makan Aspurina (D'Mas) bersama Kaunselor pelajar, Puan Wan Shafiah atau mesra dikenali sebagai IBU. Antaranya, kami telah bersama-sama dengan mereka pada sesi 'Ice Breaking'. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan beberapa ujian seperti 'Ujian Kerjaya' dan 'Ujian Personaliti'. Mereka diajak untuk mengenali diri sendiri dengan lebih dekat lagi.
Adik-adik bermesra dengan Kak Asilah dan Kak Faiezah..(^.^)
(Adik-adik bersama kakak fasilitator mereka, Kak Aini..)
Ok, sampai disitu sahaja dahulu kita buka cerita orientasi sebab cerita ni 'actually' dah lama, kih3... Insya-Allah, banyak lagi aktiviti-aktiviti terbaru kami akan kami hidangkan kepada anda semua.
* Aktiviti terdekat : (29 Januari 2008)
~ Badan pembimbing Rakan Sebaya akan melawat ke
Rumah Anak Yatim Darul Aitam Puteri, Kota Bharu.
S0, check it out!~
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja.
Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin
bertatahkan berlian, bangga tak terkira..
pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai
cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa
menunjuk jalan kebenaran.
Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan
segala amalan
di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Dimanakah anda sekarang???

Friendship is like a violin; the music may stop
now and then, but the strings will last forever.
"Utamakan SELAMAT dan SiHAT untuk DuniaMu,
utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Subhanallah...
Semoga mereka ini bersama ahli-ahli PRS yang lain akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan hati..
Nantikan posting-posting dari panel kami yang pastinya akan menghidangkan anda dengan pelbagai pengisian yang pastinya mantap!!
