LET'S CHECK IT OUT...~

WHO'S IN DA HOUSE???
BADAN TERTINGGI PRS NAIM 2010
PENGERUSI
Mahfuzah bt. Md Junos
NAIB PENGERUSI 1
Nur Hazimah bt. Abdul Razak
NAIB PENGERUSI 2
Athieqa Azwa bt. Azman
SETIAUSAHA
Nur Farah Syazwani bt. Mohd Zurhan
NAIB SETIAUSAHA
Noratifah Hanis bt. Amran
BENDAHARI
Munawwarah bt Mokhtar

Friday, February 29, 2008

exam

E.X.A.M fever!



The question should be,
is it worth trying to do,
not can it be done.

- Allard Lowenstein, twentieth-century American diplomat


starting on 27th feb till 6th march, NAIMIANS be will sitting for exam.
s0,gurls..get ready..

upper form = 27th feb - 6th march
lower form = 2th feb - 6th march


LET G0..LET G0D..aja2 fighting!^^



salam ukhwah
[PRS^^]

Friday, February 22, 2008

Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Assalamualaikum wbt...


Kembali menukil bicara di laman ini setelah sekian lama asyik cuba mencari artikel untuk tatapan pembaca. Pasti tertanya-tanya, tak aktif
ke PRS SMKA Naim ni? Ehh, jangan buat kesimpulan awal.
Jangan sekali-kali!!





Sememangnya kerana kesibukan itulah yang menyebabkan kami sedikit jauh dari laman tersayang ini. Kebanyakan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun, telah sedikit demi sedikit kami laksanakan. Kemaafan dipinta kerana tidak pula kami coretkan di sini. Tapi takpe, jangan risau.. Kami akan pastikan anda sentiasa 'keep in touch' dengan kami. Seawal tahun 2008 ini kami telah menjayakan program 'Orientasi Pelajar Tingkatan 1'. Kedatangan mereka telah kami sambut dengan pelbagai aktiviti yang dapat memesrakan mereka dengan dunia Naim ini..


(Kumpulan mana la nie, cute2 je.. he3)


Kebanyakan aktiviti diadakan di Dewan Makan Aspurina (D'Mas) bersama Kaunselor pelajar, Puan Wan Shafiah atau mesra dikenali sebagai IBU. Antaranya, kami telah bersama-sama dengan mereka pada sesi 'Ice Breaking'. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan beberapa ujian seperti 'Ujian Kerjaya' dan 'Ujian Personaliti'. Mereka diajak untuk mengenali diri sendiri dengan lebih dekat lagi.


Adik-adik bermesra dengan Kak Asilah dan Kak Faiezah..(^.^)

(Adik-adik bersama kakak fasilitator mereka, Kak Aini..)


Ok, sampai disitu sahaja dahulu kita buka cerita orientasi sebab cerita ni 'actually' dah lama, kih3... Insya-Allah, banyak lagi aktiviti-aktiviti terbaru kami akan kami hidangkan kepada anda semua.


* Aktiviti terdekat : (29 Januari 2008)

~ Badan pembimbing Rakan Sebaya akan melawat ke

Rumah Anak Yatim Darul Aitam Puteri, Kota Bharu.

S0, check it out!~

Thursday, February 21, 2008







Lima Jari Seorang Insan


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan
ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula
daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia
dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian
besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada
kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan
memberi kesan yang besar pada masa hadapan.



Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja.

Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.

Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin

bertatahkan berlian, bangga tak terkira..

pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!

Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai

cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa

menunjuk jalan kebenaran.

Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan

segala amalan

di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi,
jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan.
Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an
ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya
yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini
banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal
emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan
syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap
satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan
kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia
sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah
tampil sebagai model kepada generasi
baru dan pembimbing yang kaya dengan
idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar
dan pendek tetapi menunjukkan kematangan
dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan
pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa
“cap jempol” atau cap jari.
Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada
orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk
mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata
“good” atau “yes” sambil menggengam semua
jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi
jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam.

Dimanakah anda sekarang???

Thursday, February 14, 2008

The Best of Friends


~The Best of Friends~

The best of friends,
Can change a frown,
Into a smile,
when you feel down.

The best of friends,
Will understand,
Your little trials,
And lend a hand.

The best of friends,
Will always share,
Your secret dreams,
Because they care.

The best of friends,
Worth more than gold,
Give all the love,
A heart can hold.
-


Friendship is like a violin; the music may stop

now and then, but the strings will last forever.





Simple vs Real Friendship

A simple friend identifies himself when he calls.
A real friend doesn't have to.

A simple friend opens a conversation with a full news bulletin on his life.
A real friend says, "What's new with you?"
A simple friend thinks the problems you whine about are recent.
A real friend says, "You've been whining about the same thing for 14 years. Get off your duff and do something about it."
A simple friend has never seen you cry.
A real friend has shoulders soggy from your tears.
A simple friend doesn't know your parents' first names.
A real friend has their phone numbers in his address book.
A simple friend brings a bottle of wine to your party.
A real friend comes early to help you cook and stays late to help you clean.

A simple friend hates it when you call after he has gone to bed.
A real friend asks you why you took so long to call.
A simple friend seeks to talk with you about your problems.
A real friend seeks to help you with your problems.
A simple friend wonders about your romantic history.
A real friend could blackmail you with it.
A simple friend, when visiting, acts like a guest.
A real friend opens your refrigerator and helps himself.
A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument.
A real friend knows that it's not a friendship until after you've had a fight.
A simple friend expects you to always be there for them.
A real friend expects to always be there for you!

*********************************************

A short course in Human Relations:
The six most important words: "I admit I made a mistake."
The five most important words: "You did a good job."
The four most important words: "What is your opinion."
The three most important words: "If you please."
The two most important words: "Thank you."
The one most important word: "WE"
The least important word: "I"

Tuesday, February 05, 2008

Kelebihan Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
  • 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga subuh.

  • 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

  • 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

  • 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

  • 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

  • 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursidi akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yangberperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

  • 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SiHAT untuk DuniaMu,

utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah...

Monday, February 04, 2008

Bebaskan belenggu dalaman

Setiap orang mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak ada orang yang dilahirkan bodoh, kecuali segelintir sahaja seperti mereka yang mengalami kecacatan mental. Yang ramai didunia ini ialah orang-orang yang tidak mahu belajar. Sekiranya anda mahu membebaskan belenggu dalaman diri ialah mengamalkan 'dialog dalam diri'. Kajian pakar psikologi mendapati individu yang yakin dengan diri sendiri mempunyai 'dialog diri' yang memberitahu dirinya sendiri bahawa dia adalah orang yang pintar, cekap, berbakat, menarik dan disukai oleh orang lain.
Salam motivasi,
Anna Althafunnisa'

Cinta dan Sahabat

Suatu hari CINTA dan SAHABAT berjalan dalam kampung. Tiba-tiba cinta terjatuh dalam telaga.

Kenapa?? Kerana cinta itu buta. Lalu sahabat pun ikut terjun dalam telaga.

Kenapa?? Kerana sahabat akan buat apa sahaja demi cinta!! Di dalam telaga cinta hilang.

Kenapa?? Kerana cinta itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Sedangkan sahabat masih lagi tercari-cari dimana cinta dan terus menunggu.

Kenapa?? Kerana sahabat itu sejati dan akan kekal sebagai sahabat yang setia!!

Lalu hargailah sahabat kita selagi kita terasa dia bererti. Walau kita punya pasangan hidup sahabat masih paling setia.. Walau kita punya harta banyak, SAHABAT tetap paling berharga.


salam motivasi,
Anna Althafunnisa'