LET'S CHECK IT OUT...~

WHO'S IN DA HOUSE???
BADAN TERTINGGI PRS NAIM 2010
PENGERUSI
Mahfuzah bt. Md Junos
NAIB PENGERUSI 1
Nur Hazimah bt. Abdul Razak
NAIB PENGERUSI 2
Athieqa Azwa bt. Azman
SETIAUSAHA
Nur Farah Syazwani bt. Mohd Zurhan
NAIB SETIAUSAHA
Noratifah Hanis bt. Amran
BENDAHARI
Munawwarah bt Mokhtar

Tuesday, October 13, 2009

SATU AMALAN NILAINYA SYURGA


Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga. Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.  

Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.  
  

MORAL & IKTIBAR  
  
Allah bersifat dengan AR-RAHIM 
Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat 
Satu kebajikan amat berat timbangan di sisi Allah Satu amalan boleh meletakkan diri sama ada syurga atau neraka

Di padang mahsyar semuanya nafsi-nafsi; masing-masing mau melepaskan diri dari azab yang pedih 
Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah 
Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki 

Monday, October 12, 2009

Petua Berjaya Yang Luar Biasa


Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.Pertandingan memanjat pokok pinang.30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.

Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.Cicak terus mencanak.Batang pinang dipanjat tak kira orang.Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.


PENGAJARAN


Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.
“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]

Saturday, February 28, 2009

Tuesday, February 17, 2009

What do We Means to child..

Bismillahrirrahmanirrahim..

If children live with criticism,
they learn to condemn..
If children live with hostility,
they learn to fight..
If children live with fear,
they learn to be apprehensive..
If children live with pity,
they learn to feel sorry for themselves..
If children live with ridicule,
they learn to feel shy..
If children live with jealousy,
they learn to feel envy..
If children live with shame,
they learn to feel guilty..



If children live with encouragement,
they learn confidence..
If children live with tolerance,
they learn patience..
If children live with praise,
they learn appreciation..
If children live with acceptance,
they learn to love..
If children live with approval,
they learn to like themselves..
If children live with recognition,
they learn it is good to have a goal..
If children live with sharing,
they learn generosity..
If children live with honesty,
they learn truthfulness..
If children live with fairness,
they learn justice..
If children live with kindness and consideration,
they learn respect..
If children live with security,
they learn to have faith in themselves and in those about them..
If children live with friendliness,
they learn the world is a nice place in which to live..
*****