Assalamualaikum wbr...
Lagu tema Badan Pembimbing Rakan Sebaya AnNaim adalah Teman Sejati. Lagu ini pernah dipopularkan kumpulan nasyid Brothers satu ketika dulu. S0, nak nasyid sama-sama tak?!
*_*_*_*_*_*_*_**_*_*_*_*_*_*_*_*_
Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati,
Buat menemani perjuangan suci...
Bersyukur kini,
PadaMu Ilahi,
Teman yg dicari selama ini telah kutemui...
Dengannya di sisi,
Perjuangan ini senang diharungi,
Bertambah murni kasih Ilahi...
KepadaMu Allah ku panjatkan doa,
Agar berkekalan kasih sayang kita,
Kepadamu teman kupohon sokongan,
Pengorbanan dan pengertian...
KepadaMU Allah kupohon restuMu,
Agar kita kekal bersatu...
Kepadamu teman…
Teruskan perjuangan, pengorbanan, dan kesetiaan...
Telah kuungkapkan segala-galanya...
*Teman,
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini,
Teruskanlah perjuangan…*
LET'S CHECK IT OUT...~
WHO'S IN DA HOUSE???
BADAN TERTINGGI PRS NAIM 2010
PENGERUSI
Mahfuzah bt. Md Junos
NAIB PENGERUSI 1
Nur Hazimah bt. Abdul Razak
NAIB PENGERUSI 2
Athieqa Azwa bt. Azman
SETIAUSAHA
Nur Farah Syazwani bt. Mohd Zurhan
NAIB SETIAUSAHA
Noratifah Hanis bt. Amran
BENDAHARI
Munawwarah bt Mokhtar
Friday, January 25, 2008
Pengenalan PRS
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbr..
Selamat datang kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini. Alhamdulillah, setelah hampir beberapa ketika berhempas-pulas menghias dan mencantikkan ruangan ini, akhirnya inilah hasilnya yang tersaji di skrin komputer anda. Insya-Allah, kami semua akan terus meningkatkan prestasi kami dengan komen, pandangan, dan sokongan anda semua.
Pembimbing Rakan Sebaya - satu nama yang agak 'familiar' sebenarnya dalam kalangan masyarakat kita. Baik di sekolah, di kawasan kejiranan mahupun di tempat kerja, kita sentiasa memerlukan teman. Dan semestinya sahabat terbaik bagi kita adalah yang sebaya.
Sehubungan itu, Badan Pembimbing Rakan Sebaya ditubuhkan di SMKA Naim Lilbanat. Dengan bimbingan dari 2 orang kaunselor dan 2 orang guru penasihat, Badan PRS telah berdiri sama gah dengan Badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, dan Briged Siber di sekolah ini. Keempat-empat permata berharga tersebut adalah:

- Puan Hasiah Mustapha - Kaunselor
- Puan Wan Shafiah Wan Abdul Rahman - Kaunselor
- Puan Hanim Mustapha - Guru penasihat
- Puan Zuriyana Ghazali - Guru penasihat
Di SMKA Naim Lilbanat, seramai 43 orang mutiara terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.
Dan diantara mereka yang memegang tanggungjawab sebagai ahli Majlis Tertinggi adalah seperti berikut:
- Pengerusi - Faiezah Mohd Nor
- Naib Pengerusi - Nur Hazura Mat Rahim
- Setiausaha - Nur Syafiqah Mohd Azan
- Naib Setiausaha - Nur Aimuni Ismail
- Bendahari - Yusmaliza Mat Yusoff
- Naib Bendahari - Nur Fatin Alya Abd. Patar
Semoga mereka ini bersama ahli-ahli PRS yang lain akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan hati..
Nantikan posting-posting dari panel kami yang pastinya akan menghidangkan anda dengan pelbagai pengisian yang pastinya mantap!!
Wassalam...
Puteriku sayang
~ Puteriku Sayang ~
Aduhai puteriku sayang,
Lembutmu tak bererti,
Kau mudah dijual beli,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..
Lembutmu bukan hiasan,
Bukan jua kebanggan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati,
Disebalik bersih wajahmu,
Disebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung,
Tersembunyi dalam diri,
Itulah sekeping hati,
Yang takut pada Ilahi,
Berpegang pada janji,
Mengabdikan diri...
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya,
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri,
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama,
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya,
Wahai puteriku sayang,
Kau bunga terpelihara,
Mahligai syurga itulah tempatnya...
Salam ceria,
Anna Althafunnisa'
Indahnya wanita!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wrbt
dgn izinNya akhirnya dpt juga sy berkongsi sdikt sbyk b'sm p'bc blog disini.Kaifahaluka kullukum? hrp semuanya berada dlm keadaan hebat sekali.Terdetik di hati sy utk memilih tajuk ini sebagai post sy yg pertama.Bkn apa,bknkh puteri2 naim juga wanita?jdnya,sy mewakili shbt2 seperjuangn utk b'kongsi b'sm anda.
Wahai pembaca yang dihargai,
wanita ibarat epal.Sudah terlalu biasa kita mndengar yg wanita dikaitkn dgn bunga. Tetapi kali ini sy lbh suka mengaitkan harga diri wanita itu spt epal. Epal yg tidak berkualiti amat mudh diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal tidak mampu dibeli,berada di puncak. Susah dipetik,susah digapai. Terkadang epal itu risau,kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.
wahai pembaca yang disayangi,
hakikatnya...epal itu terlalu tinggi kerana terlalu elok sifatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Begitu jualah wanita-wanita solehah. Hanya pemuda-pemuda sejati yang benar-benar hebat sahaja boleh memperolehinya. Mungkin bukan didunia tetapi mungkin diakhirat yang kekal abadi. Biarlah jodohnya bukan didunia, asalkan cinta Ilahi mengiringinya. Tidak semestinya wanita itu disunting ditaman dunia tapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayangiNya untuk menyunting di taman akhirat kelak. Jadi sedarilah bahawa Allah telah menjadikan wanita dalam 1001 keindahan.
wanita juga dikatakan fitnah dunia. Tetapi,jika dilihat kembali pd firman Allah,lelalki beriman disuruh menundukkan pandangan. Kemudian,barulah diperintahkan pada wanita yang beriman supaya menutup aurat,juga menjaga pandangannya.
sesungguhnya,
wanita yang beriman itu lebih baik dari seribu lelaki soleh.
Renungkanlah wahai pembaca sekalian...
*Begitu banyak kelebihan yg Allah ciptakan khusus untuk kaum Hawa,tetapi mengapa kita sering kali mempersoalkan kedudukan wanita berbanding lelaki. Hakikatnya wanita adalah pelindung lelaki juga...bkn hanya kaum Adam yg melindungi kaum Hawanya. Jika dilihat kembali asal kejadian kita,bknkh seorang lelaki dikandung oleh ibunya juga seorang wanita? Dari alam kandungan dilindungi sehingga ia dilahirkan..begitulah hebatnya wanita.
Namun,lihatlah wanita kini...seperti tidak menghiraukan harga diri mereka. Bebas sebebasnya. Semoga kita semua bukan dari kalangan wanita yg rendah martabatnya,hargai diri cinta diri. Bersyukurlah menjadi seorang wanita.
salam ceria,

Subscribe to:
Posts (Atom)