Thursday, February 21, 2008

Lima Jari Seorang Insan


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan
ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula
daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia
dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian
besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada
kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan
memberi kesan yang besar pada masa hadapan.



Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja.

Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.

Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin

bertatahkan berlian, bangga tak terkira..

pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!

Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai

cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa

menunjuk jalan kebenaran.

Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan

segala amalan

di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi,
jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan.
Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an
ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya
yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini
banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal
emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan
syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap
satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan
kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia
sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah
tampil sebagai model kepada generasi
baru dan pembimbing yang kaya dengan
idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar
dan pendek tetapi menunjukkan kematangan
dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan
pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa
“cap jempol” atau cap jari.
Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada
orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk
mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata
“good” atau “yes” sambil menggengam semua
jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi
jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam.

Dimanakah anda sekarang???

0 comments: